Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

131  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0548.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-Laits bin Sa'd memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Shafwan bin Sulaim dari Abu Busrah Al-Ghiffari dari Al-Barra' bin 'Azib dimana ia berkata: "Saya menemani Rasulullah s.a.w. selama 18 hari dalam bepergian maka saya tidak pernah melihat beliau meninggalkan solat sunnat dua rakaat apabila matahari telah tergelincir (ke barat), sebelum solat Dhuhur." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari Ibnu 'Umar r.a. Abu 'Isa berkata: "hadis Al-Barra' ini adalah hadis gharib". lalu berkata: "Saya bertanya kepada Muhammad tentang hadis itu, kemudian ia tidak mengetahuinya kecuali dari hadis Al-Laits bin Sa'd dan ia tidak mengenai nama Abu Basrah Al-Ghiffari akan tetapi ia menilainya baik. Dan diriwayatkan dari Ibnu 'Umar, "bahawasanya Nabi s.a.w. tidak mengerjakan solat sunnat di dalam bepergian, baik sebelum maupun sesudah solat (fardu.". Diriwayatkan pula dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. bahawasanya ia mengerjakan solat sunat di dalam bepergian. Kemudian para ulamak sesudah Nabi s.a.w. berbeza pendapat; sebahagian di antara para sahabat berpendapat bahawa disunatkan bagi seseorang yang dalam perjalanan untuk mengerjakan solat sunat. Demikianlah pendapat Ahmad dan Ishaq. Akan tetapi ada sekelompok ulamak yang tidak sependapat bahawa seseorang mengerjakan solat sunat sebelum maupun sesudah solat (fardu). Sedangkan maksud dari suatu pendapat bahawa seseorang tidak disunatkan solat sunat dalam bepergian adalah kerana ia sedang mendapatkan keringanan, dan barangsiapa yang mengerjakan solat sunat maka ia mendapatkan keutamaan yang besar. Itulah pendapat ulamak yang memilih untuk mengerjakan solat sunat dalam bepergian.

132  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0369.
Hannad menceritakan hadis itu kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami dari Ibrahim bin Thahman dari Husain Al-Muallim dengan sanad ini. Abu Isa berkata: "Kami tidak mengetahui seseorang yang meriwayatkan dari Hussain Al-Muallim seperti riwayat Ibrahim bin Thahman dan Abu Usamah dan lain-lainnya juga meriwayatkan dari Husain Al-Muallim seperti riwayat Isa bin Yunus dan pengertian hadis ini menurut sebahagian para ahli ilmu adalah dalam solat sunat. Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Ibnu Abi Adi memberitahukan kepada kami dari Asy-ats bin Abdul Malik dari Al-Hasan berkata: "Kalau seseorang hendak melakukan solat sunat, maka boleh melakukan solat dengan berdiri, duduk dan berbaring". Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang solat orang sakit apabila tidak mampu solat dengan duduk lalu sebahagian ahli ilmu berkata: "Dia solat dengan berbaring di atas rusuknya yang kanan" dan sebahagian mereka berkata: "Dia solat dengan terlentang di atas tengkuknya dan kedua kakinya menghadap qiblat". Sufyan Ats Tsauri berkata tentang hadis ini: "Barangsiapa melakukan solat dengan duduk maka dia memperoleh setengah pahala orang yang solat dengan berdiri" Dia berkata: "Demikian ini bagi orang yang sihat dan bagi orang yang tidak berhalangan. Adapun barangsiapa berhalangan kerana sakit atau lainnya lalu dia melakukan solat dengan duduk maka dia memperoleh seperti pahala orang yang solat dengan berdiri seperti pendapat Sufyan Ats Tsauri.

133  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0388.
Anas bin Malik r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah saw. pada suatu kali mengenderai kuda. Rasulullah jatuh dari kuda itu sehingga luka rusuk beliau yang sebelah kanan. kerana itu Nabi solat sambil duduk dan kami pun solat di belakang beliau sambil duduk pula. Selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam diadakan untuk diikut. kerana itu apabila imam itu berdiri, maka berdiri pulalah kamu. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah, apabila dia bangkit, bangkit pulalah, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah, maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. Dan apabila dia solat berdiri, maka solat pulalah berdiri, dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk. " Kata Abu Abdullah, Humaidi berkata, bahawa sabda Rasulullah saw., 'Apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk, ialah sabda beliau ketika dia sakit dahulu. Sesudah itu beliau (Nabi saw.) pernah solat sambil duduk, sedang orang banyak di belakangnya berdiri. Tetapi beliau tidak menyuruh mereka duduk. Dari kedua keterangan ini tentu diambil yang terakhir dari perbuatan Nabi itu."

134  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0152.
Ahmad bin Mani', Al Hasan bin Shabbah Al Bazzar dan Ahmad bin Muhammad bin Musa, satu makna. Mereka berkata: "Ishaq bin Yusuf Al Azraq dari Sufyan Ats Tsauri dari Alqamah bin Martsad dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya berkata: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw lalu ia bertanya kepada beliau tentang waktu-waktu solat lalu beliau bersabda: "Dirikanlah bersama kami insya Allah". Lalu beliau memerintah bilal maka beliau iqamah ketika terbit fajar. Kemudian beliau memerintahkannya lalu ia iqamah ketika tergelincir matahari beliau solat Zuhur. Kemudian beliau memerintahkan lalu ia iqamah lalu beliau solat Asar sedangkan matahari itu putih dan tinggi. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Maghrib ketika sinar matahari itu jatuh (terbenam). Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Ishak lalu iqamah ketika mega itu hilang. Kemudian keesokannya beliau memerintahkannya maka (bumi) terang kerana fajar. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Zuhur lalu beliau mencari waktu yang dingin dan lebih nikmat untuk waktu dingin. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Asar lalu ia iqamah sedangkan matahari akhir waktunya adalah apa yang ada. Kemudian beliau memerintahkannya Lalu beliau mengakhirkan Maghrib sampai menjelang mega itu hilang. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Isyak lalu beliau mendirikan ketika hilang (lewat) sepertiga malam. Kemudian beliau bersabda: "Di manakah yang bertanya tentang waktu-waktu solat'?" maka laki-laki berkata: "Saya". Maka beliau bersabda: "Waktu-waktu solat adalah sebagaimana antara dua ini." Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan gharib sahih." Ia berkata: "Shu'bah meriwayatkannya dari Alqamah bin Martsad juga."

135  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0309.
Dari Sayyar bin Salamah r.a., katanya: "Aku datang bersama ayahku kepada Abu Barzah Al Aslami, lalu ayahku bertanya kepadanya, "Bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan solat fardu?" Jawab Abu Barzah, "Nabi melakukan solat Zohor atau yang anda namakan solat 'Al Uulaa' (solat pertama) ialah ketika matahari tergelincir ke barat. Dan beliau solat Asar, ketika salah seorang kami kembali dari perjalanannya ke ujung kota, sedangkan matahari masih terasa panasnya. Dan aku (kata Sayyar) lupa ucapannya tentang solat Maghrib. Dan Nabi lebih suka mengundurkan solat Isyak yang anda namakan Al 'Atamah, dan beliau tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak , dan bercakap-cakap sesudahnya. Dan selesai solat Subuh ketika seseorang telah mengenal orang duduk di samping, sedangkan Nabi membaca dalam solat itu sebanyak 60 sampai 100 ayat."

136  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0302.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id Al-Qaththan menceritakan kepada kami, 'Ubaidullah bin 'Umar menceritakan kepada kami dimana ia berkata: "Sa'id bin Abu Sa'id memberitahukan kepada saya dari ayahnya dari Abu Hurairah "bahawasanya Rasulullah saw masuk masjid, lantas ada seseorang masuk dan mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada Nabi saw, seraya mengucapkan salam, lantas beliau membalas salamnya, kemudian beliau bersabda: "Kembalilah dan kerjakanlah solat kerana sesungguhnya kamu belum solat." Kemudian orang itu kembali dan mengerjakan solat sebagaimana solat yang telah ia kerjakan. Kemudian ia datang lagi kepada Nabi saw seraya mengucapkan salam kepada beliau, maka beliau pun menjawab salamnya, lantas bersabda kepadanya: "Kembalilah dan kerjakanlah solat kerana sesunguhnya kamu belum solat". Beliau melakukan yang demikian itu tiga kali. (Setelah tiga kali) maka orang itu berkata kepada beliau: "Demi Dzat yang mengutus engkau dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan solat lebih baik daripada apa yang telah saya kerjakan, maka ajarilah saya". Beliau bersabda: "Apabila kamu berdiri untuk (mengerjakan) solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat Al-Qur'an yang mudah bagi mu, kemudian rukuklah hingga kamu tenang (thuma'ninah) dalam rukuk itu, kemudian bangkitlah hingga kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah hingga kamu tenang (thuma'ninah) dalam sujud itu, kemudian bangkitlah hingga kamu tenang (thuma'ninah) dalam duduk itu; dan kerjakanlah yang demikian itu dalam keseluruhan solatmu." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih." Ibnu Numair meriwayatkan hadis ini dari 'Ubaidullah bin 'Umar dari Sa'id Al-Maqburi dari Abu Hurairah, akan tetapi dalam hadisnya itu ia tidak menyebutkan "dari ayahnya" dari Abu Hurairah. Hadis riwayat Yahya bin Sa'id dari 'Ubaidullah bin 'Umar itu lebih sahih. Sa'id al-Maqburi mendengar hadis ini dari Abu Hurairah, dan ia meriwayatkan dari ayahnya dari Abu Hurairah. Nama Abu Sa'id Al-Maqburi adalah Kaisan, dan Sa'id Al-Maqburi diberi gelar Abu Sa'id.

137  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0551.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-Laits bin Sa'd memberitahukan kepada kami dari Yazid bin Abi Habib dari Abith Thufail dari Mu'adz bin Jabal: "Bahwasanya Nabi s.a.w. berada dalam peperangan Tabuk. Apabila beliau berangkat sebelum matahari tergelincir, beliau menangguhkan solat zuhur sampai beliau menjamaknya di waktu Asar, dimana beliau mengerjakan kedua solat itu bersama-sama. Apabila beliau berangkat sesudah matahari tergelincir, beliau memajukan solat asar ke waktu zuhur, dan beliau mengerjakan solat zuhur dan asar bersama-sama, kemudian beliau berangkat. Dan apabila beliau berangkat sebelum waktu Maghrib, beliau menangguhkan solat Maghrib sehingga beliau kerjakan bersama-sama dengan solat Isyak; dan apabila beliau berangkat sesudah Maghrib, beliau memajukan solat isyak dimana beliau mengerjakannya bersama-sama dengan solat Maghrib." Masalah yang sama juga diriwayatkan dari 'Ali, Ibnu 'Umar, Anas, 'Abdullah bin 'Amr, 'Aisyah, Ibnu 'Abbas, Usamah bin Zaid dan Jabir. Abu 'Isa berkata: " 'Ali bin Al-Madini meriwayatkan hadis ini dari Ahmad bin Hanbal dari Qutaibah. hadis Mu'adz adalah hadis hasan gharib yang mana hanya Qutaibah sendiri yang meriwayatkan; kami tidak mengetahui sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh orang lain (yang berasal) dari Al-Laits. Sedangkan hadis Al-Laits (yang berasal) dari Yazid bin Abi Habib dari Ath-Thufail dari Mu'adz adalah hadis gharib. Yang dikenal di kalangan ahli hadis adalah hadis Mu'adz dari hadis Abu Zubair dari Abu Thufail dari Mu'adz: "Bahawasanya Nabi s.a.w. menjamak solat zuhur dengan asar, dan Maghrib dengan isyak dalam peperangan Tabuk". Hadis ini diriWayatkan oleh Qurrah bin Khalid, Sufyan AtsTsauri, Malik dan Ghairu Wahid (yang berasal) dari Abu Zubair AlMakki. Dan dengan berdasarkan pada hadis ini, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq mempunyai dua pendapat: "Seseorang boleh menjamak dua solat itu sewaktu bepergian pada salah satu di antara dua waktu itu."

138  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0435.
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian. Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku." Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."

139  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0601.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Abul Wazir memberitahukan kepada kami, Muhammad bin Musa memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Sa'd bin Ishaq bin Ka'b bin 'Ujurah dari ayahnya dari datuknya dimana ia berkata: "Nabi s.a.w. mengerjakan solat Maghrib di masjid Bani 'Abdil Asyhal kemudian orang-orang mengerjakan solat sunat, lantas Nabi s.a.w. bersabda: "Hendaknya kamu mengerjakan solat (sunat) ini di rumah." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis gharib yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini". Yang sahih adalah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar dimana ia berkata: "Nabi s.a.w. mengerjakan solat (sunat) dua rakaat sesudah solat Maghrib di rumah beliau." Diriwayatkan pula dari Hudzaifah "bahawasanya Nabi s.a.w. mengerjakan solat Maghrib kemudian beliau tidak henti-hentinya mengerjakan solat di masjid sampai beliau solat Iska yang akhir". Dalam hadis ini terdapat petunjuk bahawa Nabi s.a.w. mengerjakan solat sunat dua rakaat di masjid sesudah solat Maghrib.

140  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0649.
Dari 'Isa bin Hafash bin 'Ashim bin 'Umar bin Khaththab r.a., dari bapanya, katanya: "Aku pernah berjalan bersama-sama Ibnu 'Umar dalam suatu perjalanan menuju Mekah. Dalam perjalanan itu dia mengimami kami solat Zohor dua rakaat. Setelah selesai solat dia pergi, dan kami mengikutinya sampai ke tempatnya dan duduk bersama-sama dengan dia. Sebentar kemudian dia menoleh ke tempat solat dan dilihatnya masih banyak orang yang solat. Lalu dia bertanya, "Apa yang diperbuat orang-orang itu?" Jawab ku, "Mereka solat sunat." Kata Ibnu 'Umar, "Kalaulah aku harus solat sunat pula (sesudah qashar), lebih baik ku cukupkan solat ku. Hai, anak saudaraku! Aku sering menyertai Rasulullah saw. dalam perjalanan. Beliau solat (dalam setiap perjalanan itu) tidak pernah lebih dari dua rakaat, hingga beliau meninggal. Aku juga sering menemani Abu Bakar dalam perjalanan. Beliau juga solat (dalam perjalanan itu) tidak pernah lebih dari dua rakaat, hingga dia meninggal. Aku juga sering menemani 'Umar dan 'Usman, mereka solat (dalam perjalanan itu) tidak lebih dari dua rakaat, hingga mereka meninggal. Kemudian beliau membaca firman Allah: "Laqad kana lakum fi Rasulutlahi uswatun hasanatun " (Al Ahzab: 21)